Seperti yang kita tahu, Fiat sudah lama tidak mempunyai wakil jualan rasmi di Malaysia. Tetapi untuk tiga unit Fiat 500 Electric yang anda lihat ini sebenarnya dibawa oleh pengimport persendirian iaitu Hamza Motors, dengan bilik pameran yang terletak di Kampung Sungai Penchala.
Namun Fiat masih memproduksi Fiat 500 generasi sebelumnya di kilang mereka yang terletak di Poland, dijual untuk mereka yang masih mahukan “Fiat Kerang” ini dalam versi yang menggunakan bahan api fosil. Berbanding model generasi sebelumnya, New 500 adalah 60 mm lebih panjang dengan jarak roda 20 mm lebih jauh, serta lebih lebar.
Motor berkenaan menerima kuasa dari bateri lithium-ion 42 kWj, memberikan jarak gerak 320 km berdasarkan kitaran WLTP. Sebagai perbandingan, Honda e dengan bateri 35.5 kWj memberikan jarak gerak sejauh 220 km, manakala Mini Cooper SE dengan bateri 28.9 kWj pula menampilkan jarak gerak 232 km. Fiat 500 Electric Edition ini menampilkan perincian luaran seperti logo pada jalur tingkap sebelah belakang, kemasan merah pada logo hadapan dan belakang, serta logo merah pada penutup rim 16-inci. Bagi unit yang berwarna hitam, turut dapat dilihat ia menerima penutup cermin sisi dengan kemasan merah.
Malah ia juga ditawarkan dengan ciri opsyen “sanitising glove box”, tetapi ia tidak ditampilkan pada unit yang dibawa masuk ini. Fungsi tersebut memberikan lampu UV-C pada, membolehkan barang-barang kecil anda seperti telefon pintar, kunci dan sebagainya di sanitasi di dalam ruang berkenaan.
United States United States Latest News, United States United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: paultan - 🏆 22. / 51 Read more »
Source: paultan - 🏆 22. / 51 Read more »
Source: paultan - 🏆 22. / 51 Read more »