Mercedes-Benz EQS500 4Matic CKD 2023 di Malaysia - jarak gerak 696 km; 449 PS/828 Nm, dari RM649k - paultan.org

  • 📰 paultan
  • ⏱ Reading Time:
  • 74 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 33%
  • Publisher: 51%

Energy Energy Headlines News

Energy Energy Latest News,Energy Energy Headlines

Mercedes-Benz EQS500 4Matic CKD 2023 di Malaysia – jarak gerak 696 km; 449 PS/828 Nm, dari RM649k

merupakan model pertama bagi barisan kenderaan elektrik EQ yang dipasang di Malaysia. Diperkenalkan pada Februari tahun ini, harga atas jalan bagi model ini mencecah RM648,888 tanpa insurans dan menggantikan EQS 450+ AMG Line yang diimport sepenuhnya dari Jerman. Untuk artikel ini, kami membawakan galeri penuh bagi EQS500 dengan lebih 200 foto untuk tatapan anda.

Menampilkan dua motor elektrik, pacuan semua-roda EQS 500 mampu meledakkan keseluruhan kuasa mencecah 449 PS dan tork 828 Nm. Sekaligus membolehkan EQS 500 ini mampu dipecut dari 0-100 km/j dalam hanya 4.8 saat, lebih pantas berbanding EQS 450+ yang memerlukan 6.2 saat untuk mencapai pecutan sebegitu. Walau bagaimana pun, kedua-dua varian memiliki angka kelajuan maksimum yang sama iaitu 210 km/j.

Varian CKD ini juga menggunakan kapasiti tenaga yang sedikit tinggi yang dijana dari bateri lithium-ion pada 108.4 kWh. Dalam pengecasan penuh, EQS 500 mampu memberikan jarak gerak sehingga 696 km mengikut kitaran WLTP berbanding 782 km bagi EQS 450+. Waktu mengecas semula EQS 500 juga adalah sama dengan EQS 450+, iaitu 10 jam apabila menggunakan AC Type 2 sehingga 11 kW, dan 31 minit apabila menggunakan pengecas pantas DC CCS2 sehingga 200 kW.EQS 450+, menyaksikan lebih banyak kemasan krom, serta rim 20-inci lima-jejari yang menggantikan unit AMG 21-inci pada EQS 450+ sebelum ini.

Berkenaan spesifikasi, hampir semua kelengkapan pada EQS 450+ turut diberikan pada EQS 500 ini, termasuk suspensi udara Airmatic dengan pilihan serapan, stereng gandar belakang serta pilihan modSelain daripada itu, kelengkapan lain masih lagi sama. Pakej Electric Art Line seperti 450+ terus digunakan pada bahagian dalam EQS 500, tetapi warna balutan kulit Nappa padanya telah ditukar kepada hitam/kelabu berbanding hitam/coklat Balao pada model CBU.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 22. in ENERGY

Energy Energy Latest News, Energy Energy Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

2023 Mercedes-Benz EQS500 4Matic CKD in Malaysia - 696 km EV range; 449 PS, 0-100 in 4.8s; from RM649k - paultan.orgThe Mercedes-Benz EQS500 4Matic Electric Art Line is the first model from the brand’s EQ line-up of electric vehicles (EVs) to be locally assembled (CKD) in Malaysia. Introduced in February this year, the variant retails …
Source: paultan - 🏆 22. / 51 Read more »